icon-search
icon-search

Cara Memilih Ikan Segar

Cara Memilih Ikan Segar
Antara rahsia sedapnya sesuatu masakan adalah kesegaran bahan mentahnya. Di sini kami ingin berkongsi cara-cara untuk memilih ikan yang segar. Dah dapat ikan yang segar, bolehlah masak kari guna rempah kari yang kami jual 😊.


1. Mata ikan
Lihat mata ikan elok-elok. Pastikan mata ikan jernih atau kebiruan dan ada lendir lagi.Ini baru segar! Yang penting jangan beli yang ikan matanya merah. Ini selalu kita dapati di pasaraya besar dan ‘hypermarket’ yang jual macam ‘nak tak nak’.


2. Insang ikan
Tengok insang ikan dan pastikan masih lagi merah serta berlendir. Kalau nampak kekelabuan, ternyata ia ikan lama yang dibekukan.


3. Isi ikan
Tekan sedikit bahagian badan ikan dengan jari. Pastikan isi ikan pejal dan tidak lembik.


4. Perut ikan
Ini satu lagi. Cuba tekan betul-betul di kawasan perut secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau lembik, jangan beli. Ikan lama!


Untuk resepi kari, boleh follow resipi ni. Inshaallah, sedap.


Nah, kita tepek gambar kari kepala ikan jenahak yang Boss kita buat. Sedap yakmat. Tengahari makan dengan nasi. Petang buat cicah lempeng. Ya Tuhan...




Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.